Berita UtamaUtama

Kerajaan akan kurangkan BR1M sebelum mansuh

Najib terlalu manjakan rakyat sehingga mereka jadi lemah: Dr Mahathir

BANGI, 13 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Kerajaan akan mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit sebelum ia dihapuskan dalam masa terdekat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu terpaksa dilakukan kerana kerajaan terdahulu yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terlalu memanjakan rakyat.

Dr Mahathir berkata, menerusi pengurangan kadar pemberian bantuan itu, kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan domestik dan asing, selaras dengan objektifnya.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri. Barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” katanya dalam satu wawancara bersama portal The Malaysian Insight.

Beliau berkata, kerajaan sekarang tidak boleh memberikan wang sebagaimana dilakukan pemerintah dahulu kerana tidak mencuri wang.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

“Mereka (rakyat) menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walaupun tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya.

Pada Mei lalu, Dr Mahathir memaklumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian BR1M, namun beberapa perkara akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan berkenaan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close