Berita UtamaUtama

Batal ECRL wajar kerana tak untungkan negara

Kerajaan sedia runding semula dengan China jika beri kebaikan

SHAH ALAM, 10 Zulhijjah 1439H, Rabu – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) wajar dibatalkan kerana bersifat berat sebelah dan melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Beliau berkata, rundingan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung projek itu tidak menguntungkan negara.

Susulan itu, katanya, kerajaan menerusi hasil perbincangan dengan semua pihak, demi kepentingan negara telah memutuskan untuk membatalkannya.

“Ia adalah hasil perbincangan, bukannya kita tidak mahu buat (ECRL) tetapi kosnya terlalu tinggi.

“Banyak yang sudah didedahkan bahawa ia memang berat sebelah. Jika dapat persetujuan daripada China untuk dirundingkan semula demi kebaikan negara kita, Alhamdulilah,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian selepas program Korban Perdana Parlimen Shah Alam di Masjid Riadhussolihin Seksyen 17 di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan itu serta sudah menyampaikannya kepada pemimpin China.

Mengenai kemungkinan pembatalan projek berkenaan akan menjejaskan hubungan Malaysia-China, Dr Mahathir berkata, beliau telah menjelaskan kepada ketiga-tiga pemimpin negara itu mengapa kerajaan terpaksa menghentikannya dan mereka amat memahaminya.

Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Najib mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.

Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close