Berita UtamaUtama

Melayu bakal bangkit jika Islam, bangsa digugat: UMMAH

Himpunan Suara Ummah Melaka ledakan semula sejarah 700 tahun

Oleh Fahmi Faiz

MELAKA, 7 Zulhijjah 1439H, Ahad – Himpunan Suara Ummah yang diadakan di negeri ini semalam, mengingatkan kerajaan bahawa Melayu akan bangkit semula sebagaimana sejarah tercipta di bumi Melaka 700 tahun lalu, jika bangsa pribumi ini diganggu-gugat.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya berkata, bumi Melaka penuh dengan sejarah kebangkitan Melayu.

“Selepas 700 tahun berlalu, kali ini kita berkumpul semula. Kita nak beritahu pihak pemerintah, bahawa kita akan bangun balik, jika sekiranya orang Melayu digugat dan kepentingan Melayu dihancurkan oleh pemerintah hari ini.

“Kita tahu, bahawa yang memerintah bukannya ada di atas sana, tetapi kita tahu bahawa yang memerintah kini adalah Yahudi Zionis, dan parti DAP adalah dalangnya,” katanya berucap pada Himpunan Suara Ummah Peringkat Negeri Melaka di pekarangan Stadium Hang Tuah di sini.

Katanya, umat Islam dan orang Melayu mesti bersatu padu untuk berjuang dan mempertahankan hak dan kepentingan bangsa serta agama.

“Hari ini, pertemuan kita bukan pertemuan biasa. Sebab itu, kita mengajak semua orang Islam dan Melayu, yang sayangkan agama Islam untuk bersatu padu untuk memperjuang dan mempertahankan hak kepentingan kita.

“Kita nak beritahu kepada pemerintah, bahawa pertemuan hari ini bukan yang terakhir. Tetapi hari ini merupakan permulaan kepada gerakan yang lebih besar lagi,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close