Berita UtamaUtama

VIDEO I Pemandu bas RapidKL rempuh 20 kenderaan

Pemandu bas sudah ditahan, ujian saringan air kencing diambil untuk dianalisis

BANGI, 5 Zulhijjah 1439H, Jumaat – Pengguna jalan raya dikejutkan dengan insiden sebuah bas RapidKL yang dipandu laju sehingga merempuh kira-kira 20 kenderaan lain, di Ampang malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan berdekatan sebuah kilang pemproses produk farmaseutikal di Keramat sehingga di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Video yang memaparkan kejadian mula tular di laman sosial, yang dimuat naik pengguna Facebook,  Azri Ari.

Azri berkongsi dua buah video, yang pertama menunjukkan perakam video menaiki motor sedang mengejar bas dan meminta pemandu memberhentikan bas berkenaan.

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan bas tersebut membuka lampu kecemasan dan dipandu dalam keadaan bahaya. Kelihatan bas berkenaan telah melanggar beberapa buah kereta, dan cuba melarikan diri.

Posted by Azri Arip on Khamis, 16 Ogos 2018

Manakala, video kedua memaparkan orang ramai memarahi pemandu bas berkenaan, dalam masa sama ada yang melarang orang ramai dari memukul pemandu bas berkenaan.

Posted by Azri Arip on Khamis, 16 Ogos 2018

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian berkata, pemandu bas sudah ditahan malam tadi. 

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing pemandu itu turut diambil oleh pihak hospital dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Katanya, pemandu dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya dan melanggar kenderaan bermula dari hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Bas itu melanggar banyak kereta, mana-mana pemilik kenderaan yang dilanggar sedang dalam proses membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close