Berita UtamaTULARUtama

VIDEO | Kendong ibu tawaf

MUSIM haji menyaksikan pelbagai peristiwa. Ada yang sedih dan ada yang gembira.

Seperti rakaman yang disiarkan ini, bukan untuk menjadikan seseorang itu riak, sebaliknya ia adalah tanda-tanda kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Mengikut apa yang ditularkan, lelaki ini bersama ibunya yang sudah berusia, mengerjakan haji. Tatkala, sang ibu sudah kepenatan berjalan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, lalu si anak terus mengendong ibunya.

Teringat kita kepada kisah Uwais Al Qarni, seorang pemuda yang istimewa pada mata Rasulullah SAW, sedangkan baginda tidak pernah menemuinya.

Uwais hanya seorang pemuda yatim dan miskin tinggal bersama ibunya di Yaman. Dipendekkan cerita, ibu Uwais berhasrat menunaikan haji dan hal itu membuatkan Uwais gelisah kerana mereka tidak ada bekalan atau unta untuk dijadikan bekalan.

Uwais mendapat ilham, lalu membina sebuah kandang lembu di puncak sebuah bukit. Setiap hari Uwais akan mengendong anak lembunya naik dan turun dari bukit itu untuk diberi makan.

Lama kelamaan, lembunya semakin membesar dan diri Uwais sendiri berubah menjadi kuat dan berotot dek kerana setiap hari mengendong lembu itu naik dan turun bukti.

Ternyata latihan itu berhasil, apabila tiba saat mengerjakan haji, Uwais mengendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah, melewati padang pasir yang tandus.

Demikian juga apabila beliau terus mengendong ibunya ketika melakukan tawaf.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Surah Al-Isra, ayat 23-25

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close