Berita UtamaUtama

‘Setia kepada kerajaan bukan sampai lakukan jenayah’

Kerajaan janji bela nasib penjawat awam yang menjadi mangsa pentadbiran terdahulu

BANGI, 3 Zulhijjah 1439, Rabu – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat, khususnya penjawat awam supaya setia kepada kerajaan, namun mesti berani menolak arahan sekiranya bertentangan dengan dasar kerajaan dan undang-undang.

“Dalam sistem kita, penjawat awam, tentera dan polis perlu setia kepada kerajaan semasa, tetapi kesetiaan itu tidaklah sampai tahap melakukan jenayah.

“Kalau disuruh membunuh, adakah hendak membunuh? Ada beza arahan kerajaan melibatkan dasar-dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah.

“Jenayah tetap jenayah. Sebab itu saya harapkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) setia dengan kerajaan sekarang, tapi kalau disuruh buat perkara yang bertentangan undang-undang, tolak dan jangan buat perkara salah,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan akan membela nasib penjawat awam yang telah menjadi mangsa penganiayaan pentadbiran Barisan Nasional terdahulu.

Beliau berkata, ada penjawat awam yang dilucutkan tugas kerana tidak bersetuju dengan dasar kerajaan ketika itu.

“Tetapi kita perlu dapat laporan. Kita tidak boleh bela semua orang yang menjadi mangsa. Ada yang sudah kita bela, jumlah mereka terlalu banyak, mungkin ada terlepas dari segi penyiasatan.

“Jika ada, sila maklumkan kepada kita apa menyebabkan mereka didera dahulu dan kerajaan akan bertindak mengembalikan orang itu ke pangkat lama dan membayar balik apa yang telah dihutang,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close