Berita UtamaUtama

Murid kena beguk bukan kena tampar, kata guru

Polis sahkan tuduhan terhadap cikgu SK Lubok Keluli hanya rekaan

BANGI, 3 Zulhijjah 1439, Rabu – Guru yang didakwa menampar muridnya sehingga lebam di bahagian leher Jumaat lalu, tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan itu.

Dalam laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam, guru terbabit Jan Raafi Mohamad mengatakan murid tersebut tidak ditampar atau terlanggar tangannya yang didakwa oleh ibu pelajar berkenaan.

“Saya menafikan tuduhan itu kerana tidak melakukannya. Saya juga mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membuktikannya.

“Kesan biru pada leher murid yang didakwa akibat perbuatan saya itu adalah nila dan cuka yang diletak nenek kanak-kanak itu kerana disyaki terkena penyakit beguk.

“Untuk pengetahuan, Sekolah Lubok Keluli sekarang ini memang diserang penyakit beguk dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD),” katanya.

Mengulas lanjut, Jan Raafi berkata, tuduhan yang dibuat terhadapnya adalah tidak benar.

“Polis memaklumkan tuduhan itu adalah rekaan ibu dan anak. Ketika disoal siasat, keterangan murid berkenaan adalah bercanggah,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita mendakwa anak saudaranya ditampar seorang guru sehingga mengalami kecederaan di bahagian tengkuk di Kampung Padang, Hulu Langat.

Wanita dikenali sebagai ‘Diyaa Kaif’ memuat naik status dalam akaun miliknya menerusi laman sosial Facebook mendakwa murid berusia lapan tahun itu ditampar guru terbabit kerana terlanggar tangannya ketika berlari bersama rakan-rakan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close