Dunia

AS gantung dana UNRWA hingga siasatan selesai

Pentadbiran Joe Biden konon dakwa komited beri bantuan kemanusiaan pada rakyat Palestin

WASHINGTON, 29 Rejab 1445H, Sabtu – Pentadbiran Joe Biden kekal dengan keputusan menggantung pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sehingga siasatan dalaman berkaitan dakwaan Israel selesai.

Pentadbiran Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Samantha Power berkata, negara itu merancang menunggu siasatan dalaman selesai sebelum meneruskan pemberian dana kepada UNRWA.

Dia memberitahu perkara itu ketika melawat negeri medan di Michigan, di tengah-tengah kritikan meluas di sana mengenai kegagalan Presiden AS menggesa gencatan senjata di Gaza serta pemberian bantuan ketenteraan berterusan kepada rejim Israel.

Peguam Lubnan-Amerika, Ali Dagher turut memaklumkan perkara sama bahawa kononnya AS komited memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, namun perlu menunggu sehingga siasatan UNRWA selesai.

Sebelum ini, 16 negara menggantung pembiayaan mereka kepada UNRWA selepas rejim Israel menuduh 12 daripada 13,000 kakitangan UNRWA di Gaza mengambil bahagian dalam serangan ke atas rejim yang dipimpin pejuang Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada 7 Oktober tahun lalu.

Pegawai UNRWA berkata, pihaknya menjangkakan laporan siasatan awal pejabat pengawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil masa selama beberapa minggu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button