Berita UtamaKata PedangUtama

PH bina ‘tandas cacamarba’

Transgender dibenar menggunakan tandas wanita. Kegilaan apakah yang sedang melanda negara kita?

PEDANG setuju lah dengan apa yang menteri agama kita kata bahawa pertemuannya dengan wakil komuniti transgender Nisha Ayub kelmarin, bukan bermakna beliau setuju atau mengiyakan perjuangan dan perbuatan golongan songsang itu.

Mujahid Yusof Rawa kata, beliau menerima kehadiran wakil komuniti itu untuk menyelami dan memahami isu berkaitan transgender. Pun, bagi Pedang tidak salah sebab mufti juga pernah bertemu golongan ini.

Namun, ada dua perkara pelik yang Pedang rasa bangkit dalam pertemuan itu. Pertama, Mujahid kata untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap mak nyah, dan kedua, ketika sidang media itu Mujahid bangkitkan isu penggunaan tandas wanita oleh ‘lelaki’ ini.

Cacamarba, jahanam habis Malaysia. Memang negara kita tidak termasuk dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’, tapi bala lain sedang ‘menggoncang’ Islam di Malaysia. Kenapa?

Pedang rasa dalam kes pertama itu, isu mendiskriminasi transgender tidak timbul, sebaliknya golongan itu yang ‘terlalu mengada-ngada’ sama ada dari segi berpakaian, bercakap, bermekap atau berjalan, menyebabkan masyarakat ‘naik takut’ dengan mereka dan berusaha ‘melarikan diri’.

Apabila masyarakat menjauhkan diri disebabkan ‘takut’ dengan lagak mereka, maka inilah agaknya yang mereka katakan ‘diskriminasi’ terhadap transgender. Pedang pun kalau lihat golongan ini lain macam saja perangai dan berpakaian, naik risau juga. Seram!!!! dan orang Kedah kata ‘geli geleman’.

Dan, paling penting masyarakat takut disebabkan tingkah laku dan perbuatan golongan ini yang bertentangan dengan ajaran Islam. Malah, Allah telah memberi peringatan di dalam al-Quran mengenai kaum yang menyukai lelaki, walaupun ramai wanita disediakan.

Masyarakat juga takut dengan perbuatan transgender ini yang dilaknat Allah, kerana bala yang diturunkan kerana perbuatan songsang itu, akan turut mengenai mereka.

Oleh itu, mahu tidak mahu perbuatan transgender dan seangkatan dengannya seperti lesbian, gay dan biseksual ini mesti dicegah. Dulu, Allah terbalikkan tanah tempat orang seperti ini berpijak. Sekarang, diturunkan penyakit – HIV dan Aids – dibawa oleh LGBT.

Kesimpulan bagi kes pertama sebenarnya bukan diskriminasi. Jika golongan ini duduk di sebelah meja makan kita dan tiba-tiba kita bangun duduk di meja lain, itu barulah diskriminasi. Sebenarnya, masyarakat ‘takut’ kepada mereka – nak kata lelaki tidak, nak kata perempuan pun tidak.

Sementara, membenci mereka pula hanya disebabkan perbuatan mereka yang bertentangan dengan ajaran Islam dan resam manusia. Umat Islam diperintah membenci perkara mungkar.

Dalam perkara kedua pula, seperti dilaporkan media Mujahid berkata: “Other types of discrimination faced by transgenders, included the use of public toilets. Does it bother you, if she (Nisha) goes to the female toilet because she looks like a female?“.

Dan, baca pula laporan ini:

Speaking to the Malay Mail, transgender activist Nisha Ayub said she was very happy when Minister in Prime Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Mujahid Yusof Rawa acknowledged that transgender women can use the female toilet.

“A reporter brought up the matter. She asked if it was okay for a transgender to use a female toilet. Datuk Mujahid said it’s basically a washroom and if she looks like a woman, she should go to the female toilet,” said Nisha.

Memetik laporan The Star pula: “When asked if it was okay for a transgender to use a female toilet, Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa said it is the basic human needs to use toilets, and therefore a transgender woman can rightfully use the female toilet.”

Maka, Pedang pun tertarik dengan kata-kata pendakwah bebas yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Ustaz Firdaus Wong Wai Hung: “Kegilaan apakah yang sedang melanda negara kita?”

Pedang rakam semula apa kata netizen kepada Firdaus:

Ustaz.. Itu baru isu tandas.. Bayangkan nti kalau kesamarataan diberi.. Esok tanpa segan silu..yg “buat bukit dua atas padang tandus” duduk seiring dlm saf perempuan.. Yg “melempengkan nasi lemak dua bungkus” duduk seiring dgn saf lelaki.. Kemudian dikata mereka.. Sb aku sama aje dgn makmum2 kiri dan kanan aku.. Aku tak berdosa sb aku juga beriman.. Cacamarba apakah yg akan melanda dlm masjid atau surau negara kita nti… Setiap kali dikenang hal ni.. Lebih rasa menakutkan dr isu tandas..

Betul tu…kami wanita tulen ni terancam dgn transgender yg mujahid rawa benarkn masuk female public toilet dan solat diruangan wanita di masjid/surau…kegilaan apakah ini?? Apa yg telah terjadi pada mujahid rawa,? Kenapa sangat mudah tunduk pd golongan lgbt??? Kami sangat takut dengan perkembangan islam di Malaysia ni Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Zaman jahiliah pon org tak iktiraf pondan ni..Malaysia baru ke Malaysia mundur ni..backtrack ke zaman nabi Lut dengan umatnya org sodom yg ingkar…Astaghfirullahalazim.

Bahaya nya…buatnya perogol bersiri dia make up n dress up macam mak yah masuk toilet perempuan ..tgu je mangsa dalam toilet perempuan dah kne rogol atau benda x sepatutnya… Ya Allah …knp la manusia ni x blh fikir kesan baik buruk ..dah tentu cara ni x btl kalo nk jgk bt toilet asing..mak yah ka pondan ka x blh share toilet dgn perempuan tulen..Ya Allah bantu lah kami..knp la Malaysia jd macam ni..ni negara islam tp org islam sendiri x hormat agama..ingat bala bkn kne sorang2 kalo Allah Turunkan bala semua kne ..Nauzubillah.

Dan, puluhan ribu lagi netizen memberi komen membantah ‘kebenaran’ yang diberikan kepada transgender menggunakan tandas wanita. Apakah golongan ini boleh mengatasi kehendak majoriti? Ya! Mungkin boleh dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah Malaysia baharu ini.

Kata Pedang: Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi… teruskan perjuangan anda. Pedang tetap sokong. Anda bercakap sebagai doktor, dan mereka serta penyokong mereka adalah ‘pesakit’ yang perlu diubati. Kita lihat siapa yang mendiskriminasi siapa.

Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang ismaweb.net yang tiada kaitan dengan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close