Berita UtamaUtama

Jom tanda tangan petisyen solidariti bersama Dr Ilyani

Ada pihak lapor kepada Biro Pengaduan Awam gesa ambil tindakan

BANGI, 30 Zulkaedah 1439H, Ahad – Satu petisyen sebagai tanda solidariti kepada Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, selepas heboh mengatakan beliau bakal dikenakan tindakan tatatertib, diwujudkan hari ini.

Sehingga jam 8.16 malam ini, 6,333 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayari https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

Petisyen ditujukan kepada Kerajaan Malaysia itu dibuka Khairul Afnan Khalid, selepas ada ura-ura Dr Ilyani bakal dikenakan tindakan berikutan aduan pihak tertentu kepada Biru Pengaduan Awam.

Dr Ilyani yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum ini menulis surat terbuka berdasarkan amalan dan fakta perubatan kepada anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Marina – berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bagaimanapun, kiriman yang dibuat dalam laman sosial dikatakan dipadam oleh Facebook selepas menerima aduan pihak tertentu.

[BACA JUGA: PH bina ‘tandas cacamarba’]

Petisyen hari ini antara lain menyatakan:

“Kami menyatakan kebersamaan buat Dr Nur Ilyani atas dasar kebenaran. Setelah kenyataan beliau mendapat perhatian ramai, kini terdapat dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib ke atas beliau.

“Kami ingin tegaskan bahawa kenyataan beliau adalah benar, berasaskan kajian dan bukti serta amat penting untuk difahami oleh seluruh masyarakat. Oleh itu, demi masa hadapan yang sejahtera buat semua, kami menyatakan solidariti buat Dr Nur Ilyani.

“Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama Dr Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf LGBT namun menyokong mereka perlu dibantu. Tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan usaha mengikiraf LGBT akan memburukkan jangkitan HIV di Malaysia!”

Apa yang ditulis Dr Ilyani?
BACA: FACEBOOK PADAM, GANTUNG AKAUN INDIVIDU BANTAH LGBT

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close