Berita UtamaUtama

Syor siasatan terbuka isu bayaran balik GST ‘hilang’

Laporan penuh kehilangan RM18 bilion akan disiap segera

PUTRAJAYA, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, laporan penuh siasatan dalaman berhubung isu kehilangan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion akan disiapkan secepat mungkin.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan untuk melaksanakan siasatan terbuka yang diketuai oleh ahli professional berhubung perkara itu.

Cadangan itu, katanya, akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta jemaah Menteri selepas selesai laporan.

“Kementerian Kewangan juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada sesi membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat, Guan Eng mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘merompak’ bayaran balik GST bernilai RM18 bilion.

Bagaimanapun, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah menegaskan, tidak berlaku kehilangan wang daripada Tabung Amanah bayaran balik GST kerana kesemua kutipan perlu dimasukkan dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Mohd Irwan turut membuat laporan kepada SPRM, berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST berkenaan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close