Berita UtamaUtama

PRK Balakong: MCA hanya harapkan undi Melayu

Ridhuan Tee tegur parti perkauman Cina tak mahu guna lambang BN

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur parti perkauman MCA supaya tidak terlalu sombong menggunakan logo sendiri untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 September depan.

Beliau yang juga bekas ahli seumur hidup MCA berkata, selama ini kemenangan parti itu dalam pilihan raya hanya bergantung kepada undi Melayu dan UMNO semata-mata.

“Majoriti Cina takkan undi MCA. Jadi pada saya, MCA tak perlu bertanding PRK Balakong kalau tidak mahu hilang deposit. Sebab MCA memang takkan menang. Buat habis beras saja.

“Saya cadangkan, duit yang MCA nak gunakan untuk bertanding dan berkempen itu diberi kepada ibu tunggal. Ada juga faedahnya daripada hilang terus wang deposit,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA, Liow Tiong Lai bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri dalam PRK Balakong, sekaligus menolak untuk menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

Tiong Lai berkata, jawatankuasa pusat parti itu telah membuat keputusan untuk menentukan halu tuju sendiri dalam pilihan raya berkenaan.

Ridhuan Tee yang juga Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, MCA perlu sedar diri dan jangan bercakap sedap mulut kerana parti itu pernah jadi kuat dengan bantuan sekutunya, BN.

“Jangan terlalu sombong kata tak mahu guna logo BN. Guna logo sendiri lagi kalah teruk sebenarnya. Jika UMNO tak undi MCA, makin ‘terpelecok’ MCA.

“Jika UMNO tak undi MCA, nak harapkan siapa undi mereka? Jika BN dah jadi sejarah, MCA lepas ini pun  akan jadi begitu. Jadi , jangan bercakap dan terlebih-lebih sindir BN seolah-olah MCA kuat, sedangkan hakikatnya MCA apa pun tak ada,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close