Berita UtamaUtama

PH akui tak dapat penuhi janji 100 hari

Saifuddin tuduh pentadbiran BN terdahulu punca kerajaan PH gagal tunai janji kepada rakyat

KUANTAN, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Pakatan Harapan (PH) mengakui tidak dapat menunaikan beberapa janji dalam tempoh 100 hari, seperti yang terkandung dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang lalu.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan memerlukan tempoh lebih lama untuk melihat hasilnya, bagi melunaskan janji kepada rakyat.

Katanya, kegagalan menunaikan janji berlaku kerana keadaan ekonomi dan kewangan yang diambil alih daripada kerajaan BN sebelum ini, lebih ‘teruk’ daripada apa yang disangkakan.

“Dalam masa 100 hari, ada 10 janji yang telah kita sebut dalam manifesto PH, ada perkara yang sudah kita laksanakan, ada perkara yang sedang diusahakan dan ada perkara yang baru kita mulakan.

“Ia satu janji yang kita tetap akan tunaikan, tetapi saya harap rakyat Malaysia memahami keadaannya sangat teruk sehingga ada satu dua janji sukar dilaksanakan dalam 100 hari, mungkin dapat dilaksanakan satu dua tahun,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Saifuddin, yang juga Menteri Luar ketika mengakui terdapat beberapa janji yang memerlukan sedikit masa lagi untuk ditunaikan, antaranya pemberian kad pengenalan kepada warga negara Malaysia yang masih belum memilikinya.

“Ada yang harus tunggu, contohnya GST diganti SST, kena tunggu Dewan Negara dahulu dan ada beberapa perkara lain yang akan ambil sedikit masa, sebab ia melibatkan banyak peraturan dan sebagainya. tetapi yang penting 10 janji itu telah dimulakan prosesnya.

“Dalam soal menghapuskan tol, ia dalam janji yang ambil tempoh masa, memang kita akan hapuskan tetapi mungkin berperingkat kerana melibatkan perkiraan yang lebih detail, tetapi sedaya upaya kita cuba melunaskan janji,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close