Berita Utama

Masalah air Kelantan tak selesai kerana dianaktiri

Baru sekarang bagi peruntukan, itu pun secara hutang

BANGI, 17 Muharam 1445H, Jumaat – Masalah air yang membelenggu Kelantan sehingga hari ini didakwa berpunca daripada Kerajaan Pusat yang menganaktirikan negeri itu sejak 30 tahun lalu.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bermula pada tahun 2000 tidak pernah memberikan geran dan peruntukan kepada Kelantan.

“Negeri bawah BN dia bagi sumbangan, geran dan peruntukan tapi menganaktirikan Kelantan.

“Baru sekarang bagi peruntukan kepada Kelantan, itu pun secara hutang,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, geran bagi pembangunan air sangat diperlukan berikutan semakin banyak rumah yang dibina tetapi paip tidak mampu diperbesarkan berikutan tiada dana dan peruntukan.

“Sebab itu bila kita ada dalam kerajaan, perkara ini dibaiki dengan begitu pantas apabila peruntukan diberikan kepada Kelantan,” katanya .

Ahmad Fadhli berkata, proses untuk membaiki kerosakan saluran air bukan tugas yang mudah dan senang selain memerlukan masa yang panjang.

Meskipun PAS pernah berada dalam pemerintahan ketika Perikatan Nasional (PN), namun proses membaik pulih itu tidak dapat dilakukan dengan mudah berikutan memerlukan tender selain negara berdepan pandemik COVID-19.

“Dengan pemerintahan PN selama 33 bulan, tak sempat kerana perlu keluarkan tender, nak bagi tender, dengan COVID-19 dan macam-macam perkara lagi.

“…akhirnya banyak perancangan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button