Berita UtamaDuniaUtama

Lebih sejuta muslim Uyghur dalam kem ‘pengasingan rahsia’ China

Etnik minoriti Islam dianggap musuh negara kerana dasar identiti etno agama

XINJIANG, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Lebih daripada satu juta umat Islam Uyghur dianggarkan berada dalam tahanan kem ‘pengasingan rahsia’ di China, kata Ahli Jawatankuasa PBB Penghapusan Bangsa, Gay McDougall.

McDougall dalam ucapannya pada hari Jumaat berkata, Jawatankuasa PBB telah mula mengkaji rekod China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan mendapati golongan minoriti itu tidak pernah didakwa atau menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Katanya, etnik Uyghur dianggap sebagai ‘musuh negara’ semata-mata kerana dasar identiti etno agama mereka.

“Kami amat prihatin mengenai penahanan etnik minoriti Uyghur dan minoriti Islam yang lain, yang terperangkap dalam kem pengasingan besar-besaran yang penuh rahsia.

“Manakala dua juta lagi umat Islam dipaksa ke kem-kem pendidikan semula untuk indoktrinasi politik dan budaya,” katanya.

McDougall berkata, sebelum ini lebih daripada 100 pelajar Uyghur yang kembali ke China dari negara-negara termasuk Mesir dan Turki telah ditahan, bahkan dilaporkan ada yang mati dalam tahanan.

McDougall juga memetik laporan-laporan yang mencadangkan pihak berkuasa China menganiaya etnik itu untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.

Bukan itu sahaja, China turut tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan suci ini.

Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close