Berita UtamaUtama

Equanimity tidak dibuka untuk orang ramai

Kerajaan akan jual kapal mewah secepat mungkin, kata Dr Mahathir

PELABUHAN KLANG, 9 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Kapal layar mewah, Equanimity, tidak akan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati bagi mengekalkan nilai dan memelihara keadaan kapal itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kapal berkenaan akan dijual dengan secepat mungkin memandangkan kos penyelenggaraannya sahaja menelan belanja kira-kira RM2 juta sebulan.

“Kita perlu menjaga kapal layar itu supaya berkeadaan baik. Tetapi jika anda membenarkan beratus-ratus orang datang dan melihat kapal layar ini ia mungkin akan mengalami kerosakan dan memberi satu gambaran tidak baik.

“Pembeli mungkin tidak mahu membeli sebuah kapal yang dipamerkan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di atas kapal itu, yang dianggar bernilai RM1 billion, yang kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, di sini hari ini.

Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low,  tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. – Bernama

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close