Berita UtamaUtama

CJST: Kenapa Mujahid salahkan masyarakat pula?

Menteri agama kata keengganan masyarakat beri layanan sama rata punca transgender tak boleh berdikari, terjebak dengan pelacuran

BANGI, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bercakap tidak menggunakan fakta apabila mendakwa penyebab golongan transgender terjerumus ke kancah pelacuran adalah disebabkan tidak mendapat layan sama rata daripada masyarakat.

Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, Mujahid berulang kali bercakap perkara sama, kononnya diskriminasi masyarakat terhadap golongan celaru jantina seks terlaknat (CJST) telah menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kancah pelacuran.

Soalnya, berapa peratus daripada 80 peratus yang terlibat dengan pelacuran itu berpunca daripada diskriminasi masyarakat?

“Mana kajian ‘correlation’ dan ‘regression’ tentang benda itu? Cakap tanpa fakta. Masyarakat dipersalahkan. Fitnah (ujian) ditujukan bukan kepada politikus, tapi kepada masyarakat keseluruhannya, terutama umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mujahid semalam sekali lagi menggesa masyarakat supaya tidak mendiskriminasikan golongan transgender, kerana keengganan komuniti memberi layanan sama rata menyebabkan mereka tidak boleh berdikari sehingga terjerumus ke lembah pelacuran.

“Golongan transgender tidak boleh didiskriminasikan di tempat kerja dan sebagainya. Diskriminasi tidak membantu mereka berdikari,” kata Mujahid.

Sebaliknya Ustaz Hazizi berkata, apa yang dilaung-laungkan Mujahid lebih kepada menjaja maqasid Syariah kerana beliau tidak berusaha untuk mencegah kemungkaran.

“Tiada langkah cegah kemungkaran daripada merebak yang merupakan topik terpenting dalam maqasid. Ini tunggang agama namanya.

“Inilah menteri jaga agama dalam kerajaan yang terdiri daripada pakatan parti yang majoriti Ahli Parlimennya kafir. Pendiriannya mesti tunduk pada kuasa dominan bukan muslim dalam Pakatan Harapan.

“Tahniah kepada pihak yang mengharuskan pemilihan wakil rakyat bukan muslim dalam PRU yang lepas. Semoga Allah mudahkan lidah anda untuk menjawab di akhirat kelak hasil fatwa tanpa meneliti implikasi dominasi dan hegemoni dalam politik demokrasi,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close