Berita UtamaUtama

SPRM reman petugas syarikat penerbangan

Suspek berusia 23 tahun disyaki bersubahat terima rasuah RM1,300

PUTRAJAYA, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Seorang pekerja syarikat penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) direman empat hari mulai hari ini sehingga Isnin kerana disyaki bersubahat menerima rasuah sebanyak RM1,300.

Majistret Atikah Abu Hassan mengeluarkan perintah reman itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, permohonan reman berkenan bertujuan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pekerja lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di klia2 pada 6 petang Khamis susulan penahanan seorang polis bantuan yang disyaki bersubahat dengannya untuk menerima suapan RM1,300 daripada seorang warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat menaiki penerbangan dari Malaysia ke Bandung, Indonesia.

Semalam seorang polis bantuan yang bertugas klia2 direman empat hari sehingga Ahad di mahkamah majistret yang sama kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM1,300.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close