Berita UtamaUtama

Sindiket makmal pemprosesan dadah tumpas

Polis tahan empat suspek termasuk seorang penjawat awam

GEORGE TOWN, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Polis merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM500,000 dan menahan dua lelaki berusia 54 dan 40 tahun, dalam satu serbuan di kondominium Jalan Batu Uban, Gelugor di sini.

Polis negeri dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menumpaskan satu sindiket yang menjadikan kondominium mewah sebagai makmal memproses dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, susulan operasi yang dijalankan kira-kira 2.45 petang kelmarin, polis turut menahan dua lagi suspek lelaki berusia 51 dan 47 tahun.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan dipercayai ahli sindiket sama di Butterworth dan Bayan Lepas, termasuk penjawat awam.

“Beberapa bungkusan dadah jenis heroin, syabu dan kafein ditemukan di unit kondominium itu. Selain itu, kita turut merampas tujuh buah kenderaan masing-masing lima buah kereta dan dua buah motosikal serta seutas jam tangan mewah.

“Turut dibekukan tiga akaun bank dengan nilai keseluruhan yang disita kira-kira RM274,000,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Thaiveegan berkata, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close