Berita UtamaUtama

Sekolah perlu serius laksana amalan KKP elak kemalangan

Insiden pelajar melecur bukti aspek keselamatan masih rendah: Niosh

KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Pihak pengurusan sekolah perlu mengambil serius saranan melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik, termasuk mengamalkan konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden pelajar melecur selepas tersiram air panas ketika latihan amali sains menunjukkan aspek keselamatan di sekolah masih rendah dan perlu diperbaiki.

“Seperti yang saya sering tegaskan sebelum ini, kemalangan sebegini boleh dicegah jika mereka yang bertanggungjawab memberikan keutamaan terhadap aspek KKP.

“Jika HIRARC diamalkan, para guru dan pelajar sudah pastinya dapat memahami bahawa penggunaan cerek elektrik merupakan aktiviti berisiko tinggi sekiranya tidak dikendalikan dengan betul dan mereka perlu mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengelak berlakunya kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang murid lelaki berusia lapan tahun yang melecur pada bahagian badan akibat terkena air panas yang tumpah ketika menjalankan eksperimen di makmal sains sebuah sekolah di Sitiawan, Perak.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan bahagian badan L. Darshant melecur teruk daripada leher hingga kaki.

Ia turut membabitkan tiga rakan lain termasuk seorang murid perempuan. Kesemua murid berkenaan telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan kecemasan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close