Berita UtamaUtama

Sabah haramkan ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin

Ilmu syahadah, zikir nafas didapati menyeleweng daripada Islam

KOTA KINABALU, 27 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Majlis Fatwa Sabah mengharamkan ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) selepas mendapati ilmu syahadah dan zikir nafas pertubuhan itu, menyeleweng daripada Islam.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Fatwa Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, semua bentuk ajaran, penerbitan dan pengedaran bahan ajaran ilmu syahadad, zikir nafas dan sebagainya yang berkaitan melalui pelbagai medium hendaklah disekat serta-merta.

“Setakat ini, kita sudah berjaya mengesan beberapa kelompok yang mengikut ajaran terbabit di sekitar bandar raya dan dipercayai mula bergiat aktif sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.

“Kita akan sentiasa memantau aktiviti kumpulan ini supaya mereka tidak terus menyebarkan ajaran itu selain menasihatkan pengikut supaya segera bertaubat,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini, hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar.

Beliau menegaskan, umat Islam yang melaksanakan perkara, mahupun aktiviti berkaitan ajaran ilmu syahadah serta zikir nafas boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuat kuasa di negeri ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close