Berita UtamaUtama

Potret diturunkan: Kedutaan AS di Malaysia sokong dua aktivis LGBT

Mujahid mengaku arah poster Nisha, Khee Teik diturunkan daripada pameran

BANGI, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini menyuarakan sokongan terhadap dua aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Nisha Ayub dan Pang Khee Teik, di mana potret mereka diturunkan daripada festival Georgetown, baru-baru ini.

Menerusi Twitter, kedutaan itu turut memuat naik gambar Nisha memegang jalur gemilang, yang telah diturunkan oleh kerajaan Persekutuan daripada pameran fotografi, ‘Stripes and Strokes’ sempena festival yang berlangsung sejak 4 Ogos lalu.

“Gambar mempunyai seribu pengertian namun tindakan mengatasi segalanya. Kami berdiri teguh bersama pemenang Pingat Keberanian Wanita Antarabangsa 2016 Nisha Ayub dan Pang Khee Teik serta segala kerja yang mereka lakukan. #Toleransi dan #penerimaan,” tulis kapsyen pada gambar itu.

Pameran bertemakan patriotisme itu menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengaku mengeluarkan arahan supaya potret dua ikon LGBT berkenaan diturunkan daripada pameran itu.

Mujahid mendakwa, potret berkenaan jelas mempromosikan budaya LGBT yang bertentangan dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan menteri itu mendapat sokongan Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close