Berita UtamaDuniaUtama

PBB kutuk serangan sasar bas sekolah di Yaman

Jangan babit orang awam dalam operasi ketenteraan: Guterres

GENEVA, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekerasnya serangan mengerikan di barat laut Yaman, yang membunuh sekurang-kurangnya 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak.

Dalam kejadian semalam, tujuh yang lain dilaporkan cedera apabila sebuah bas sekolah yang membawa rombongan kanak-kanak diserang di wilayah Saada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, pihak berkuasa tempatan mengesahkan mangsa kebanyakannya kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun.

“Guterres mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu,” kata kenyataan.

Guterres turut menggesa semua pihak menghormati kewajiban mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, supaya tidak sewenang-wenangnya membabitkan orang awam dalam operasi ketenteraan.

Dalam masa sama, beliau turut mendesak supaya siasatan bebas segera dilakukan terhadap insiden berkenaan.

“Satu-satunya cara menamatkan konflik Yaman adalah penyelesaian politik menerusi rundingan dan dialog. Semua pihak perlu bersemangat dan terlibat secara membina dalam proses politik ini,” katanya.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close