Berita Utama

Mufti Pulau Pinang tak terbabit iklan pelaburan saham patuh syariah

Tak pernah izin mana-mana pihak guna gambar Dr Wan Salim

BANGI, 18 Safar 1445H, Isnin – Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) menafikan pembabitan Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam iklan berkaitan pelaburan saham patuh syariah di media sosial.

Menerusi kenyataan hari ini, JMNPP mengambil maklum mengenai penggunaan gambar Mufti Pulau Pinang di dalam poster iklan yang dimuat naik di Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Jabatan itu menegaskan, pihaknya tidak mengenali dan tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak untuk mendapatkan kebenaran menggunakan gambar Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam poster iklan berkaitan.

“Sehubungan dengan itu, pihak JMNPP ingin membuat penafian bahawa Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dan tidak pernah bersetuju dengan sebarang pelaburan yang diiklankan.

“Orang awam diminta supaya berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang iklan berbentuk pelaburan saham yang diragui kesahihannya bagi mengelakkan orang awam ditipu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button