Berita UtamaUncategorizedUtama

Annuar Musa nafi laporan BN digantung sementara

'Temubual hanya babit isu MCA, tiada kaitan dengan penggantungan BN'

BANGI, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa kesal tindakan sebuah portal berita memanipulasi laporan mendakwa gabungan politik Barisan Nasional (BN) digantung sementara bagi menerokai kerjasama dengan parti lain.

Beliau menafikan laporan portal berita berkenaan yang memetik kenyataannya, sekali gus menyifatkan ia sebagai tidak beretika.

Annuar menjelaskan, temubual dengan portal berita terbabit membabitkan isu MCA mahu menggunakan logo parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, dan tidak langsung mempunyai kaitan dengan isu BN digantung.

“Berita itu tidak benar kerana tidak pernah ada keputusan sedemikian. BN tidak pernah digantung. Ini masalah dengan berita-berita macam ini. Apa objektifnya, kenapa letak berita BN digantung, bila BN digantung?

“Janganlah ‘qoute’ nama saya, ini tidak beretika. Awak temubual saya dan lepas itu awak tulis (berita), ini tidak adil. Awak perlu lihat konteks keseluruhan tetapi awak hanya ambil di luar konteks,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, portal The Malaysian Insight dalam temubual bersama Annuar melaporkan, BN digantung sementara untuk melihat kerjasama dengan parti politik lain.

Laporan itu menyatakan bahawa Annuar berkata, UMNO kini sedang melalui fasa baharu dan parti-parti komponen BN perlu pragmatik, melihat kemungkinan bekerjasama dengan parti politik lain.

Annuar berkata, jika terdapat perkara yang tidak jelas sepatutnya boleh terus merujuk kepada beliau kerana isu penggantungan seumpama itu bukan perkara kecil.

“Pertama, saya bukan Setiausaha BN dan kedua BN membabitkan parti lain, macam mana boleh keluarkan kenyataan BN digantung tanpa pengetahuan ahli BN yang lain.

“Sudah tentu orang akan katakan saya gila, Setiausaha Agung UMNO tidak sedar tanggungjawab ke? Ini tidak baik. Berita itu tidak benar konon BN digantung, jika BN digantung itu adalah cerita besar. Periksalah terlebih dahulu,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close