Berita UtamaDuniaPalestinUtama

VIDEO | Wanita hamil, bayi maut serangan udara rejim Zionis

Hamas berjanji terus pertahan rakyat Palestin daripada jenayah Israel

GAZA, 27 Zulkaedah 1439H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akan terus mempertahankan rakyatnya daripada serangan dan pencerobohan rejim pengganas Israel dan menganggapnya sebagai satu tanggungjawab kebangsaan.

Jurucakap Hamas, Abdel Latif al-Qanoa meletakkan kesalahan terhadap rejim Zionis itu yang melakukan pengeboman hebat dan serangan ke atas orang awam Palestin di Gaza, yang mengorbankan seorang bayi, wanita hamil dan seorang lelaki.

Beliau berkata, tindakan ganas rejim pengganas Israel dibuat semata-mata untuk membunuh orang awam Palestin.

“Rejim Israel akan membayar harga kepada jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan tidak akan dibenar menguatkuasakan undang-undang baharu di bumi Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dalam serangan dan pengeboman udara besar-besaran rejim Zionis ke atas Gaza sejak semalam, seorang wanita yang sarat mengandung serta anaknya yang berusia 18 bulan terbunuh.

Rejim pengganas itu melancarkan lebih 140 serangan udara, selepas kira-kira 150 roket ditembak ke arah mereka melalui pesisir pantai Semenanjung Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya enam cedera.

Ketika rejim Israel mengeluarkan amaran kepada Hamas untuk melakukan tindakan selanjutnya, mereka juga merancang memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan sempadan dengan Gaza.

Pegawai tentera rejim Israel dipetik media tempatan sebagai berkata, Israel akan melakukan operasi ketenteraan di Gaza di mana ‘Hamas akan menerima kesan teruk’.

Agensi berita Palestin, WAFA, pula memetik sumber kesihatan berkata,n sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dalam serangan sepanjang malam, yang turut mengorbankan anggota sayap bersenjata Hamas, Brigade Al-Qassam.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar serangan selepas rejim Zionis membunuh dua anggota Brigade Al-Qassam, Ahmed Murjan dan Abdel-Hafez al-Silawi, kedua-duanya berusia 23 tahun. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close