PendapatUtama

Gay, biseksual penyebar utama HIV, bukan lagi penagih dadah

Tangani isu orientasi seks songsang mengikut data kesihatan

KEBELAKANGAN ini, isu LGBT hangat diperkatakan. Semuanya mempromosikan amalan seks songsang ini agar dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Asakan demi asakan!

Isu usahawan kosmetik Safiey Illias memuat naik video dirinya bersama seorang lelaki yang dikatakan sebagai teman lelaki. Dia ialah seorang transgender membuat video yang dianggap ‘pre wedding’ video.

Tidak ketinggalan, isu pelantikan Numan Afifi, Pengerusi Pelangi Campaign for Equality, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) LGBT yang pernah menganjurkan Majlis Iftar Gay Terbesar Malaysia, sebagai pengawai khas Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dia pernah menyuarakan mengenai ‘Wawasan 2030’ agar hak LGBT halal sepenuhnya di Malaysia menjelang 2030. Sudah pasti KBS adalah platform yang baik untuk mencapai wawasan ini.

Baru-baru ini juga, kenyataan Marina Mahathir untuk memperjuangkan hak asasi manusia bagi golongan ini amat membimbangkan. Persoalannya, adakah hak mereka ditindas?

Tidak, mereka mendapat hak yang sama seperti manusia lain dan disokong oleh kenyataan wakil Putrajaya dalam Persidangan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Ke-69 pada Februari yang lalu. Malah, di sektor kesihatan juga, mereka tetap dilayan dan dirawat sebaiknya.

Sebagai pengamal perubatan, apa yang kami takut dengan golongan LGBT adalah penularan penyakit kelamin terutama HIV.
Kajian melaporkan bahawa kini penyumbang utama jangkitan HIV adalah daripada kalangan gay dan biseksualiti, bukan lagi daripada penagih dadah.

Kajian mendapati penentrasi melalui dubur adalah lebih 18 kali lebih berisiko untuk mendapat HIV kerana saluran darah lebih padat di bahagian tersebut. Kajian lain juga mendapati bahawa homoseksualiti lebih cenderung mendedahkan diri mereka kepada kecederaan fizikal seperti sadomasochism dan kerosakan pada struktur dubur.

Lebih malang lagi, kajian mendapati satu daripada tiga gay yang berstatus HIV positif masih tidak mendedahkan status mereka, malah aktif melakukan seks rambang secara tidak selamat bersama pelbagai pasangan. Malah, lebih daripada separuh gay yang melakukan seks rambang juga tidak tahu akan status HIV semua pasangan seks mereka.

Ya, memang benar HIV boleh di supress dengan antiretroviral drug, tetapi mencegah itu pasti lebih baik daripada mengubati. Negara perlu menghabiskan berbilion-bilion wang untuk mengekang penyebaran HIV melalui PreP sedangkan cara pencegahan lebih jimat dan berkesan.

Usaha membantu golongan LGBT melalui pendekatan agama supaya berubah sering dikecam sedangkan kajian sains antarabangsa juga mengiktiraf peranan agama dalam membantu mengekang penyebaran.

Amat dikesali, pihak-pihak seperti Majlis AIDS Malaysia menggunakan hujah hak asasi bagi menjustifikasikan golongan LGBT meneruskan amalan seks songsang.

Dr Abdul Rahman Ramdzan
Unit Kesihatan Seksual
Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close