Berita UtamaDunia

Colombia iktiraf Palestin negara merdeka, berdaulat

Bogota semak semula pengiktirafan Palestin mengikut undang-undang antarabangsa

BOGOTA, 27 Zulkaedah 1439H, Khamis – Colombia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, menurut sepucuk surat daripada Kementerian Luar yang didedahkan kepada umum, semalam.

Pengiktiran itu dibuat Presiden terdahulu, Juan Manuel Santos, beberapa hari sebelum Ivan Duque mengangkat sumpah Presiden baharu negara itu. 

“Saya mahu memaklumkan, atas nama kerajaan Colombia, Presiden Juan Manuel Santos memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat,” katanya dalam surat bertarikh 3 Ogos yang ditandatangani Menteri Luar, Maria Angela Holguin.

Bagaimanapun Menteri Luar baharu, Carlos Holmes berkata, beliau akan menyemak kesan keputusan kerajaan terdahulu, mengikut undang-undang antarabangsa dan amalan baik diplomatik.

“Adalah menjadi keutamaan buat kerajaan untuk mengekalkan hubungan kerja sama dengan sekutu dan rakan serta menyumbang kepada perdamaian dan keselamatan di peringkat antarabangsa,” kata Holmes.

Sebelum ini, Colombia dan Panama di rantau berkenaan pernah memutuskan untuk enggan mengiktiraf status Palestin.

Ia berikutan Bogota, sekutu Amerika Syarikat (AS), dari segi sejarah, mengekalkan hubungan rapat dengan Israel.

Disember tahun lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk  memindahkan kedutaannya di tapak suci umat Islam itu pada Mei lalu. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close