Berita UtamaDunia

Angka korban gempa bumi Lombok meningkat 347 orang

Makanan, ubat-ubatan antara keperluan penting untuk bantu mangsa cedera

LOMBOK, 27 Zulkaedah 1439H, Khamis – Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Pulau Lombok, Indonesia meningkat kepada 347 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan, kebanyakan mangsa yang maut adalah di Kayangan, utara pulau itu.

Katanya, angka korban dijangka meningkat berikutan pasukan penyelamat masih berusaha  menggeledah runtuhan kediaman, sekolah dan masjid.

Sementara itu, Gabenor wilayah Nusa Tenggara Barat, Muhammad Zainul Majdi berkata, pekerja perubatan, makanan dan ubat-ubatan kini sangat diperlukan.

Dilaporkan ribuan mangsa berdarah dan berbalut hanya dirawat di luar hospital-hospital yang rosak di bandar utama Lombok, Mataram dan kawasan terjejas lain.

Setakat ini, 1,447 mangsa dilaporkan cedera, manakala 165,003 penduduk terpaksa berpindah akibat gempa bumi 6.9 magnitud itu.

Difahamkan, kira-kira 200,000 orang tinggal di kawasan pergunungan di utara Lombok, menurut bancian pada 2010. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close