Berita UtamaDuniaPalestinUtama

VIDEO   |   Palestin lancar kapal ketiga pecah kepungan Zionis

Freedom Ship 3 belayar dari Gaza bukti semangat kental perjuangan

GAZA, 25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Pergerakan Kebangsaan bagi Memecahkan Pengepungan ke atas Semenanjung Gaza semalam, melancarkan usaha baharu menggunakan kapal ‘Freedom Ship 3’.

“Masa telah tiba untuk memecahkan kepungan itu. Hari ini, kami bersama dengan kapten kapal pertama dan kedua yang ditahan rejim Zonis Israel,” kata pergerakan berkenaan pada sidang media di sini, semalam, tatkala menyaksikan ‘Freedom Ship 3’ memulakan pelayarannya.

Pergerakan berkenaan mendesak rejim pengganas Israel membebaskan kapten kapal Freedom Flotilla yang ditangkap Tentera Laut Israel ketika dalam pelajaran untuk memecahkan kepungan itu sebelum ini.

Jurucakap pergerakan itu, Adham Abu Salmiya berkata, pelayaran ‘Freedom Ship 3’ bermula di Gaza untuk memberitahu dunia bahawa rakyat Palestin akan terus berjuang memecahkan kepungan ke atas Semenanjung Gaza.

“Kepungan itu adalah tidak adil kerana Gaza berhak untuk hidup,” katanya.

Abu Salmiya mengutuk tindakan tentera laut rejim Zionis menyerang aktivis yang berada di atas kapal Freedom Flotilla sebelum ini.

“Zionis percaya jenayah yang mereka lakukan akan mematahkan semangat kami. Sebaliknya usaha memecahkan kepungan menerusi laut dan darat akan terus dilakukan,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close