Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Rejim Zionis dedah gambar beting laut kepung Gaza

Palestin semakin terancam, semua laluan darat, laut, udara disekat

GAZA, 25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Semenanjung Gaza – daerah kecil Palestin di pinggir Laut Mediterranean bersempadankan Israel dan Mesir kini semakin terkepung, selepas rejim Zionis Tel Aviv meneruskan pembinaan beting di sempadan lautnya.

Semalam, Kementerian Pertahanan rejim pengganas Israel mendedahkan gambar beting laut yang dalam pembinaan di sempadan maritimnya dengan Semenanjung Gaza, kononnya bagi menghalang pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggunakan pesisir pantai untuk memasuki Israel.

Beting berukuran 200 meter panjang di pantai Zikim berhampiran utara Gaza itu bernilai kira-kira RM27.7 juta dibina sejak lebih dua bulan lalu dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Beting itu juga berukuran 50 meter lebar dengan ketinggian enam meter di atas air, selain pembinaan pos pertahanan di atasnya.

Struktur pembinaannya merangkumi tiga lapisan pertahanan iaitu di bawah permukaan air, lapisan batu di tengah dan kawat berduri di atas. Tembok laut itu juga akan dipasang pagar di sekelilingnya.

Sistem sensor juga akan dipasang bagi mengesan dan memberi amaran terhadap cubaan pihak tertentu memasuki Israel sama secara menyelam atau berenang dari Gaza.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liebermann berkata, rejim itu turut membina sistem pertahann di sekeliling Gaza, bagi menghalang Hamas menyerang Israel.

“Tembok laut itu merupakan tambahan kepada tembok darat yang sedang dibina oleh Israel di sepanjang sempadan dengan bersama dengan Gaza,” katanya.

Pembinaan tembok darat berukuran 60 kilometer panjang itu bermula pada tahun 2016 dan dijangka siap pada hujung 2019.

Tembok darat itu mempunyai pagar besi atas tanah dengan dipasang sensor pengesan. Tembok itu juga dikatakan mempunyai sistem perlindungan bawah tanah canggih di mana ia mampu mengesan pergerakan berpuluh-puluh meter bawah tanah.

Keputusan untuk membina tembok laut ini dibuat gara-gara insiden pada tahun 2014 ketika konflik Israel-Gaza, apabila pejuang Hamas berjaya memasuki Isreal melaui laut.

Lebih dua juta rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza kini menderita akibat pengepungan dan sekatan darat, udara dan laut yang dikenakan sejak hampir 12 tahun lalu, menyebabkan Gaza menjadi kawasan pengangguran tertinggi di dunia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkanGaza bakal tidak boleh didiami menjelang 2020, jika sekatan itu terus dilakukan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close