Berita UtamaDuniaUtama

Proses kira semula undi di Iraq selesai

Kemusnahan gudang menyimpan rekod undi jejas proses pengiraan semula

BAGHDAD, 25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya Iraq mengesahkan telah menyelesaikan proses pengiraan semula undi pilihan raya Parlimen pada Mei lalu.

Bagaimanapun, proses yang dilakukan secara manual itu terpaksa dipendekkan berikutan kemusnahan rekod undi dalam satu kebakaran gudang, dua bulan lalu.

Proses mengira semula undi secara manual itu diarahkan Parlimen pada Jun, setelah laporan mendapati berlaku pelanggaran dan penipuan pada pengiraan awal melalui sistem kira undi elektronik.

Bagaimanapun, beberapa jam Parlimen mengundi untuk pengiraan semula, satu kebakaran berlaku di sebuah gudang di mana mesin pengundian dan rekod lain di ibu negara disimpan.

Jurucakap suruhanjaya pilihan raya negara berkata, badan itu terpaksa membatalkan separuh daripada baki rekod di ibu negara.

Katanya, kotak undi sebenar adalah antara rekod yang dimusnahkan dalam kebakaran. Insiden itu pada awalnya menimbulkan kebimbangan, yang berkemungkinan mencetuskan pertikaian sehingga membawa kepada keganasan.

Selepas insiden kebakaran itu, kepimpinan suruhanjaya pilihan raya digantung dan digantikan dengan panel hakim yang bertanggungjawab mengawasi proses pengiraan semula undi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dan ulama nasionalis, Moqtada Sadr mengumumkan bersetuju membentuk pakatan dalam cubaan mewujudkan sebuah kerajaan baharu susulan pilihan raya Mei lalu.

Sadr menyertai gabungan dengan parti haluan kiri menang 54 kerusi dalam pilihan raya perundangan untuk menjadi blok terbesar dalam parlimen 329 kerusi Iraq, sementara Abadi berada di tempat ketiga, memperoleh 42 kerusi.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close