Berita UtamaDuniaUtama

Netizen kagum imam kusyuk solat ketika gempa bumi

170 gegaran pasca gempa bermagnitut 7 dicatatkan tetapi lemah

DENPASAR (BALI), 25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Imam yang tetap kusyuk meneruskan solat, tatkala gempa bumi bermagnitut 7 pada skala Ricter menggoncang Bali, menerima pujian netizen di media sosial selepas klip videonya tular, termasuk di Malaysia.

Video daripada akaun Facebook ‘Musholla As-Syuhada Blk’ itu menjadi tular memperlihatkan imam bekenaan sedang membaca penghujung surah Al-Fatihah ketika gempa berlaku.

Sambil memegang dinding, beliau terus menyambung dengan membaca ayat Kursi.

Seorang pegawai masjid itu yang enggan mendedahkan namanya berkata, imam berkenaan bernama Arafat.

“Saya percaya imannya sangat kuat,” katanya menceritakan pertemuan dengan imam berkenaan selepas solat itu.

Katanya, ketika gempa berlaku, imam berkenaan sempat membaca ayat Kursi.

“Saya sempat berbual dengannya. Imannya sangat kuat. Beliau berkata, semua kejadian itu kerana Allah. Gempa itu allah yang ciptakan. Jadi kalau kita baca ayat Kursi, itukan ayat mengenai keagungan Allah, sifat-sifat Allah.

“Tanpa berfikir imam itu terus membaca ayat Kursi ketika gempa berlaku,” katanya sambil menyatakan imam berkenaan enggan diwawancara kerana tidak mahu ibadahnya itu menjadi riak.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mencatatkan 170 gegaran pasca gempa bumi bermagnitut 7 pada skala Ritcher, tetapi ianya semakin lemah.

Pengarah BMKG, Hary Tirto Djatmiko bagaimanapun, mengingatkan penduduk dan pelancong supaya menjauhi bangunan yang hampir runtuh ketika gempa berlaku kelmarin.

“Mereka juga perlu menjauhi daerah atau kawasan yang berbukit kerana dikhuatiri lerengnya akan runtuh,” katanya.

Setakat ini, 98 orang dilaporkan terbunuh, manakala lebih 200 lagi cedera. Angka kematian dijangka terus meningkat selepas pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan menyelamat.

VIDEO | Imam, jemaah teruskan solat walaupun masjid bergegar

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close