Berita UtamaDuniaUtama

13 cedera letupan kereta di Kaherah

Insiden dipercayai berpunca cetusan elektrik pada bateri: Pakar

KAHERAH, 25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 13 cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kereta berdekatan jambatan di pusat bandar Kaherah, semalam.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata, impak letupan itu turut menyebabkan bangunan berhampiran kawasan kejadian rosak.

Media yang dikendalikan kerajaan melaporkan, pakar letupan merumuskan bahawa insiden itu dipercayai berpunca kerosakan elektrik yang membawa kebakaran ke tangki minyak.

Sumber keselamatan juga turut merumuskan perkara sama, bahawa kebakaran dan letupan itu berpunca daripada cetusan elektrik pada bateri kereta terbabit.

Setakat ini, semua mangsa cedera dikejarkan ke hospital berasingan untuk menerima rawatan.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close