Berita UtamaUtama

Kapal Equanimity dijangka tiba di Pelabuhan Klang esok

Indonesia setuju serah kapal mewah Jho Low kepada Malaysia

BANGI, 24 Zulkaedah 1439H, Isnin – Kapal layar mewah, Equanimity yang dikatakan milik hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, dijangka tiba di Pelabuhan Klang petang esok.

The Star yang memetik sumber sebagai berkata, kapal mewah itu dilaporkan berlepas dari Jabatan Laut Batam kira-kira jam 2.30 petang tadi, dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang esok.

Sumber berkata, sekurang-kurangnya empat anggota polis Malaysia akan mengiringi kapal Equanimity itu ke negara ini.

“Kapal itu meninggalkan Batam petang ini setelah diserahkan kepada pegawai kanan marin Malaysia yang sudah berada di Batam untuk mengambil kapal terbabit,” kata sumber.

Sebelum ini, Indonesia bersetuju untuk menyerahkan kapal mewah bernilai AS$250 juta yang diimpaun di Bali pada awal tahun ini kepada Malaysia.

Kapal yang dikatakan bernilai AS$260 juta itu sepatutnya menuju ke pelabuhan Batu Ampar, namun dialihkan dan berlabuh berdekatan rumah api Pulau Nong, di pintu masuk Tering Bay pada jam 9.30 pagi.

Equanimity yang berdaftar di kepulauan Cayman itu dirampas pada Februari lalu, atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan rasuah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Mahkamah Indonesia pada April mengisytiharkan kapal itu diimpaun secara salah dan perlu dilepaskan kepada pemiliknya.

Polis Indonesia merampas semula kapal itu pada Julai selepas menerima permohonan bantuan undang-undang secara rasmi daripada AS.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close