Berita UtamaDunia

Seorang lagi remaja Palestin mati ditembak rejim Zionis

Himpunan di sempadan Gaza-Israel diteruskan sehingga Zionis tarik balik sekatan ekonomi

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, Muadh al-Suri, 15, ditembak di perut, ketika rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza-Israel untuk menyertai ‘Great March of Return’.

Pada hari sama, seorang penduduk Palestin, Ahmed Yaghi, 25, juga ditembak mati penembak jauh tentera Israel di Bandaraya.

Wartawan yang membuat liputan tunjuk perasaan di Gaza melaporkan askar rejim Zionis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan, selain serangan gas pemedih mata yang dijatuhkan daripada dron.

Rakyat Palestin bertekad untuk meneruskan perhimpunan di sempadan Gaza-Israel sehingga mereka dibenarkan kembali ke tanah air yang dirampas, termasuk Israel menarik balik sekatan ekonomi terhadap Semenanjung Gaza.

Setakat ini menyaksikan 156 rakyat Palestin terkorban, sementara seorang tentera Israel mati sejak bermula empat bulan lalu. – Agensi

Rejim Israel tembak mati pemuda Palestin, 220 cedera

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close