Berita UtamaUtama

Tiada virus HFMD dikesan di Setia City Mall

Orang ramai dinasihat semak maklumat sebelum percaya, sebar

BANGI, 21 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan terdapat virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan di pusat beli-belah, Setia City Mall, Shah Alam sebagaimana tular di media sosial, baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bahawa dakwaan itu tidak benar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan memandang serius dakwaan yang tular di media sosial, kononnya Jabatan Kesihatan MBSA memaklumkan terdapat virus HFMD di pusat beli-belah berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya atau menyebarkannya terutama maklumat yang dikeluarkan oleh pihak selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close