Berita UtamaKata PedangUtama

K*****r tepi lesung kenyang

DAP terlalu mabuk spin hentam PAS akhirnya makan diri sendiri

TULAR malam semalam, ketika umat Islam baru balik majlis bacaan Yassin di surau-surau, berita yang agak ‘panas’.

Belum sempat minum kopi, sambil membelek-belek laman Facebook, mata sempat melirik ke laman PAS Putrajaya.

Nah, terpampang berita ‘panas’, bahawa parti cauvinis DAP ‘spin’ cerita. Bahawa YDP PAS Putrajaya tertunduk-tunduk menghadap wakil-wakil DAP, dalam pertemuan yang mereka sensasikan seperti berikut:

“Pesuruhjaya pertama PAS Putrajaya, Ustaz Mohd Nasir Zakaria akhirnya membuat keputusan sertai DAP”.

Mujur PAS Putrajaya sempat mengeluarkan kenyataan yang membidas tindakan biadab DAP itu, menjernihkan kekeruhan dengan menyatakan bahawa DAP berniat mengelirukan ummah melalui kenyataan mereka.

Pertama, individu yang DAP maksudkan sebagai Pesuruhjaya Pertama PAS Putrajaya itu sebenarnya sudah lama meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN). Nazir sertai kem Mat Sabu pada 6 Mac 2016 dengan no keahlian 016000102.

Cauvinis DAP juga, barangkali kerana terlalu khayal dan seronok berjaya merekrut tali barut, sampai salah letak nama. Nama sebenar ialah Nazir, bukan Nasir.

Kedua, Nazir juga, ketika bersama PAS, pernah ‘direhatkan’ oleh parti itu pada 2013 kerana masalah sikap, apabila beliau menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepada PAS, dengan niat mengugut untuk mensabotaj calon yang PAS dah tetapkan untuk bertanding pada PRU13.

Bak kata pepatah, “antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang kenyang”. Selepas direhatkan, Nazir pun sertai PAN.

Entah hantu apa yang merasuk, dia kemudian menyertai parti cauvinis DAP pula. Nampaknya, makin kenyang lah DAP sebab berjaya menelan semua ‘petualang-petualang’ Melayu Islam.

Barangkali dalam zaman moden ini, kita perlu tukar pepatah itu menjadi ‘antan sama antan berlaga, k*****r tepi lesung yang kenyang’.

Demikianlah sikap DAP yang semakin terserlah di depan kita sekarang. Secara halus mengancam kedaulatan Islam, Melayu dan Perlembagaan Malaysia. Bak kata Ketua Sekretariat UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya:

“Terlalu banyak (agenda) yang dibuat secara halus, yang mana dari luaran nampak seperti tiada apa yang membimbangkan, tetapi apabila kita melihat secara lebih luas lagi, kita akan dapati banyak ancaman-ancaman.”

Orang Melayu wajib ambil iktibar daripada kes ini. Bersatulah, kerana musuh Islam memang sengaja berusaha memecahbelahkan kita! Tunjukkan solidariti itu di PRK yang akan datang.

Oh ya, bercakap mengenai PRK, Pedang terfikir satu perkara – tak sampai 100 hari daripada tarikh PRU14, sudah ada tiga PRK. Pedang tak kata ada lagi PRK bakal menyusul, tetapi segala-galanya Allah yang merencanakan.

Dalam pada Allah menjaga Islam, umat Muhammad tidak hanya perlu berpeluk tubuh. Bukan menjaga tepi kain orang, tetapi amal maaruf, nahi munkar wajib dilaksanakan.

Jika Siti Kasim kata dia tidak akan berdiam diri – kerana, jika hukuman menurut syariat Islam dilaksanakan akan turut memberi kesan kepadanya – demikian juga Pedang tidak akan berdiam diri jika ada sesuatu tindakan, yang boleh mengancam akidah umat Islam dan syariat yang difirmankan Allah Taala serta sunnah Rasulullah SAW.

Kata Pedang: Pedang leka bermonolog, sampai sejuk air kopi yang dah dibancuh…

Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang ismaweb.net yang tiada kaitan dengan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close