Berita UtamaUtama

‘Melayu bukan pendatang’

Ahli arkeologi mengesahkan DNA Melayu adalah kedua terbesar di dunia

KUALA LUMPUR, 20 Zulkaedah 1439H, Khamis – Penyelidik sejarah dan penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman menegaskan, orang Melayu di negara ini bukanlah pendatang.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu berkenaan memandangkan Melayu adalah orang asal di negara ini yang berasal dari Benua Sunda.

Malah, beliau berkata, keturunan Melayu juga telah diiktiraf sebagai DNA kedua terbesar di dunia.

Melayu juga, katanya, adalah bangsa di dunia ini yang paling bertoleransi tinggi dan tidak materialistik.

“Sejak dari dahulu, Melayu telah ditolak ke kampung-kampung dan mempunyai kehidupan yang santai. Kerajaan pula hanya membina bandar-bandar yang diduduki bangsa asing.

“Bukan mengenai rasis atau menindas. Kita pandang dari segi sejarah, sudut mana kita dipinggirkan dan kajian saya ini boleh digunakan sebagai rujukan, termasuklah rujukan kerajaan bagi takrifan Melayu dalam Perlembagaan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi hasil kajian dalam bukunya ‘Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda’ di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISRAC), hari ini.

Dalam pada itu, Zaharah berkata, dapatan daripada buku berkenaan juga akan dapat memadatkan lagi tafsiran bangsa Melayu dalam Perlembagaan Negara supaya tidak ada kelonggaran maksud jati diri Melayu.

“Malah orang yang membuat polisi (kerajaan) juga boleh membuat polisi lebih baik berdasarkan kajian buku ini bagi masa depan Melayu di negara ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close