Dunia

Hun Sen menang besar pilihanraya Kemboja

Kerajaan baharu dibentuk 20 September

PHNOM PENH, 20 Zulkaedah 1439H, Khamis – Kerajaan baharu Kemboja akan dibentuk pada 20 September depan, selepas parti pemerintah meraih kemenangan besar pada pilihan raya Ahad lalu, kata Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen, lapor Xinhua.

Bercakap di hadapan ribuan pekerja kilang pakaian di sini, Hun Sen berkata Raja Norodom Sihamoni akan mengetuai sesi pembukaan parlimen baharu pada 19 September, dan hari berikutnya parlimen akan mengundi untuk membentuk kerajaan.

“Kerajaan baharu akan dibentuk pada pagi 20 September, dan upacara angkat sumpah diadakan sebelah petang manakala pada 21 September mesyuarat kabinet pertama berlangsung,” katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan berterusan ke atas Parti Rakyat Kemboja (PKP).

Sebanyak 20 parti politik bertanding dalam pilihan raya umum Ahad lalu. Keputusan awal oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional menunjukkan CPP memperolehi kemenangan dengan 4.87 juta undi atau 76.78 peratus, daripada jumlah undi yang sah.

Hasil kemenangan itu membolehkan Hun Sen, yang telah berkuasa selama 33 tahun, terus memimpin kerajaan selama lima tahun lagi. Negara di Asia Tenggara mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun. Pilihan raya umum Ahad lalu adalah yang keenam sejak 1993. -BERNAMA

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close