Berita UtamaUtama

Adun Seri Setia meninggal

Dr Shaharuddin Badaruddin hidap kanser tahap empat

BANGI, 20 Zulkaedah 1439H, Khamis – Ahli Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia pada jam 6.28 petang tadi.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman Allahyarham No 15, Jalan Pinggiran Putra 2/3, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor, selepas maghrib nanti, dan akan dikebumikan esok.

Setiausaha Kanannya, Zafrullah Aris memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.

Allahyarham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Allahyarham memperoleh 29,250 undi mengalahkan tiga calon lain, termasuk daripada Barisan Nasional (9,878 undi); PAS (4,563 undi) dan Bebas (217 undi).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close