Berita UtamaUtama

Kelantan harap Pusat terus salur bantuan

Perbelanjaan agensi kerajaan negeri diperketat, dipantau: MB

KOTA BHARU, 11 Zulkaedah 1439H, Selasa – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau membangkitkan beberapa perkara dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Menjawab soalan tambahan Abdul Aziz Kadir (PAS-Jelawat) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pagi ini, beliau berkata, antara yang dibangkitkan ialah harapan supaya Kerajaan Pusat yang baharu terus memberi bantuan kepada Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan kepentingan rakyat dan terus menyediakan kemudahan infrastruktur sebagai sokongan kepada sektor ekonomi di Kelantan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti berkata, kerajaan juga memantau dan memperketatkan perbelanjaan agensi negeri supaya lebih berhemah mengikut keutamaan dan keperluan.

“Melalui Jawatankuasa Pemantauan Kewangan dan Akaun Negeri, kita memantau tahap prestasi perbelanjaan sebenar supaya tiada perbelanjaan tanpa sebab munasabah,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan bajet surplus tahun lalu dapat dikekalkan.

Selain itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti sumber baharu bagi menambah hasil pendapatan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close