Berita UtamaDuniaUtama

400 ijazah palsu dikesan di Kuwait

Dua warga Mesir jadi 'dalang' dalam pemalsuan sijil

KUWAIT, 11 Zulkaedah 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kuwait mengesan kira-kira 400 ijazah universiti yang dipalsukan, terutama membabitkan jurusan undang-undang.

Sumber di Kementerian Dalam Negerinya mendedahkan bahawa dua warga Mesir, termasuk seorang daripadanya bekerja di Pengajian Tinggi bertanggungjawab memalsukan sijil ijazah untuk mendapatkan wang.

Sabtu lalu, Menteri Pendidikan Kuwait, Hamid Al-Azmi berkata, kementeriannya telah memfailkan 40 kes berkenaan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Penemuan kumpulan terakhir sijil palsu adalah hasil kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri dan Biro Perkhidmatan Awam.

“Kementerian kita juga sedang menyiasat kes-kes lain yang berkaitan,” katanya.

Kes pemalsuan sijil dan ijazah bukan pertama kali berlaku di Kuwait. Tahun lalu, pihak berkuasa menahan seorang lelaki kerana memalsukan sijil dari negara-negara Arab berjumlah AS$12,000.

Pada Julai 2016, kerajaan merujuk 270 kes pemalsuan sijil membabitkan jurusan perubatan dan kejuruteraan kepada pendakwaan awam untuk tindakan undang-undang.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close