Berita UtamaUtama

Lima murid di Kuantan kena jangkitan HFMD

Semua sekolah diarah peka penyakit tangan, kaki dan mulut

KUANTAN, 10 Zulkaedah 1439H, Isnin – Kuantan menjadi daerah kedua di negeri ini yang merekodkan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan murid sekolah selepas Jerantut.

Pengawai Pendidikan Kuantan, Mohd Razali Mustafar berkata, lima murid dari tiga sekolah rendah di sini, diberikan cuti selepas dikesan mempunyai penyakit tersebut.

“Tiga pelajar itu merupakan murid Tahun Empat dan Enam di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Semambu dan masing-masing seorang di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Utara dan SK Pelindung.

“Bagaimanapun, semua sekolah tersebut masih dibuka seperti biasa dan hanya murid yang terlibat dikecualikan kehadiran,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Razali turut meminta semua guru besar dan pengetua sekolah di daerah ini peka dengan murid yang berkemungkinan mempunyai gejala HFMD supaya tindakan segera dapat diambil untuk mengelakkan penularan penyakit itu.

Setakat ini, Pengarah Pendidikan Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus mengesahkan hanya SK Damak di Jerantut ditutup selama lima hari bermula hari ini selepas 53 murid disahkan positif HFMD. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close