Berita Utama

Tindakan Israel jejas peluang bina semula negara Palestin

Realitinya keadaan semakin merosot, penyelesaian takkan dicapai

RAMALLAH, 18 Syaaban 1443H, Isnin – Tindakan rejim Israel menjejaskan peluang membina kembali negara Palestin, termasuk peluasan penempatan rakyatnya, kata Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye pada Ahad.

Realitinya keadaan semakin merosot, dan penyelesaian dua negara tidak akan dicapai melalui rundingan “kerana kerajaan Israel enggan berunding,” kata Ishtaye ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan di Ramallah, menurut kenyataan rasmi.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett sebelum ini mengumumkan kerajaannya tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pihak berkuasa Palestin atau pegawainya, lapor Xinhua.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin, yang ditaja Amerika Syarikat selama sembilan bulan, terhenti pada 2014 berikutan perbezaan ketara berhubung isu membabitkan penempatan Yahudi dan pengiktirafan negara Palestin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button