Berita UtamaUtama

UMMAH tawar diri anggotai jawatankuasa perkasa sistem pendidikan

Bertindak sebagai entiti periksa dan imbang dalam setiap dasar selaras Perlembagaan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahukan penubuhan jawatankuasa memperkasa sistem pendidikan negara dianggotai pakar daripada pelbagai pihak yang bebas dan tidak berkepentingan dalam mana-mana parti politik.

Ketua Sekretariatnya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, UMMAH menyambut baik usaha Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik untuk menubuhkan jawatankuasa itu, khususnya memperkasa sekolah kebangsaan di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, jawatankuasa itu haruslah dianggotai pakar akademik, bagi memastikan segala kajian dan dasar yang dirangka bertepatan dengan nilai Perlembagaan.

“Selain itu perlu juga pihak tokoh agama, badan bukan kerajaan (NGO), wakil NGO guru-guru dan wakil NGO ibu bapa,” katanya.

Sehubungan itu, Haji Aminuddin berkata, UMMAH melalui kluster pendidikan menawarkan diri untuk menganggotai jawatankuasa pendidikan berkenaan sebagai penyumbang idea.

Katanya, UMMAH juga boleh bertindak sebagai entiti periksa dan imbang dalam setiap dasar dan idea yang dikemukakan.

“Kredibiliti Kluster pendidikan UMMAH dipercayai masyarakat kerana di bawah gabungan kluster ini terdapat NGO-NGO besar yang prihatin akan isu-isu pendidikan dan memperjuangkan kebajikan guru-guru di Malaysia.

“Jadi, UMMAH berharap Kementerian Pendidikan akan mepertimbang hal ini bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada dengan menerapkan nilai-nilai yang ada dalam Perlembagaan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close