Berita UtamaUtama

Polis ambil keterangan pembantu rumah Najib

Beberapa pegawai, anggota dilihat berada di kediaman bekas PM

KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan pembantu rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Langgak Duta di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, proses yang dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibuat susulan laporan polis oleh pihak Najib.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran laporan berkenaan.

“Pasukan polis yang dilihat pergi ke rumah Najib hari ini adalah daripada JSJ Sentul dengan tujuan untuk merakam percakapan pembantu rumahnya berkaitan laporan polis yang dibuat oleh pihak Najib,” katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, media tempatan melaporkan beberapa pegawai dan anggota polis dilihat masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu pada kira-kira 12 tengah hari.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close