Berita UtamaUtama

Pelajar UEC tiada rasa cinta terhadap negara: IGuru

Leburkan ego, turut sama dalam sistem pendidikan kebangsaan

BANGI, 7 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Pembelajaran menerusi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan mewujudkan pelajar yang tidak mempunyai rasa cinta dan bangga terhadap negara.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (IGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, ia kerana silibus pendidikan UEC banyak mengetepikan kegemilangan sejarah negara sendiri.

“Subjek Sejarah yang diajar di sekolah tak banyak sentuh kegemilangan Melayu Melaka. Tapi banyak fokus pemerintahan negara besar China misalnya Dinasti Ming. Buku-buku yang dipelajari di dalam UEC ni tidak memenuhi aspirasi pendidikan negara. Bagaimana hendak memupuk rasa cinta terhadap negara?

“Bayangkan jika ideologi ini didoktrin daripada sekolah rendah, akhirnya akan mewujudkan jurang di universiti kelak.

“Ini buku Sejarah, buku Bahasa Melayu pula di tahap paling rendah jika hendak dibandingkan dengan yang diajar di sekolah kebangsaan.

Buku keagamaan tidak menggambarkan ciri ciri Islam yang betul malah ada buku teks yang menggambarkan kita solat 6 waktu. Ini sudah tentu memberikan persepsi negatif terhadap Islam,” katanya pada Wacana Rakyat: Relevanka UEC yang diadakan di Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Ustaz Azizee berkata, jika dilihat kepada dasar pendidikan negara yang termaktub, ada menyebut tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan rakyat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, yang turut disebut dalam Penyata Razak.

“Jadi ini menunjukkan pelajar mesti guna satu kurikulum, namun hari ini kita belum dapat atasi dengan baik.

“Sebab itu kita lihat ada sekolah kebangsaan, Cina, India, mubaligh. Sekolah sekolah ini wujud dan mereka tidak berinteraksi antara satu sama lain.

“Subjek bahasa lain pun mereka guna bahasa cina walaupun guna silibus kerajaan. Apa kita kena buat?

“Pilihan terbaik adalah memperkasakan sekolah kebangsaan. Kita kena wujudkan satu sekolah yang aktivitinya ada guru pelbagai bangsa. Asimilasi antara kaum.

“Kembali martabat bahasa Melayu, hormat dasar pendidikan negara, falsafah pendidikan negara. Sekolah persendirian perlu leburkan diri mereka dan bernaung di bawah pendidikan negara,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close