Berita Utama

ADUN Balakong maut kemalangan

Tien Chee terlanggar belakang lori milik Lebuhraya Grand Saga

BANGI, 7 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, maut dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan, kemalangan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam di Kilometer 11. 7 lebuh raya berkenaan.

Insiden berlaku selepas kenderaan jenis Nissan Xtrail dipandu Tien Chee atau Eddie Ng dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga, yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan di lebuh raya berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, pemandu kereta Nissan Xtrail telah meninggal dunia. Mangsa adalah ADUN Balakong, Ng Tien Chee, maut di tempat kejadian,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Tien Chee mengalahkan calon daripada BN, Lim Chin Wah, dan Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan majoriti 35,538 undi.

Dalam saingan itu, beliau yang juga wakil DAP, memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close