Berita UtamaKata PedangUtama

Sori bro! Apa jadi pegawai bro?

Pedang dah jumpa ramai. Asal naik jadi orang kanan menteri, atau menang pilihan raya, terus tinggal kawan. Tapi, Pedang tak kisah pun.

HAAAA!!! Kan dah kena. Kalau tak hormat orang tua, budak-budak baru yang nak tunjuk ‘kerek’ hanya kerana berdamping dengan orang besar politik atau yang baru naik jadi menteri, padah lah.

Nak memandai, nak tunjuk lagak konon orang kanan menteri… kerajaan baharu yang tak sampai 100 hari pun lagi… busuk la nama, bukan saja menteri, tapi rakyat akan pandang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Rakyat akan kata… “begini lah perangai pegawai menteri kerajaan PH yang baru naik. Nak tunjuk macam Malaysia ini hak kerajaan PH. Nak tunjuk dia besar setelah calon yang dia ikut ke hulu ke hilir menang dan kemudian jadi menteri.”

‘Sori bro’…. terpaksa kena tegur juga dengan sikap pegawai bro. Pedang nak bagi contoh ketika kempen PRU14 lalu, Pedang dan rakan-rakan ke Muar untuk temu bual eksklusif dengan calon BN, Razali Ibrahim.

Telefon tak berangkat, whatsApp dilihat dan dibaca, tetapi tak dibalas. Banyak kali dihantar pesanan, satu pun tak dibalas. Yalah, masa tu jadi orang besar… timbalan menteri lagi…. sekarang?

Tak salah Razali juga rasanya, sebab Pedang dapat maklumat telefon beliau dipegang oleh pembantu-pembantunya. Dan, menurut penduduk Muar, Razali memang bagus… tapi yang jadi masalah ialah orang kanan dan pegawai-pegawai ‘pengiring’ beliau.

Samalah dengan ‘Hidayah’ yang disebut dalam berita Mstar bertajuk ‘Maaf cakap! Petugas protokol minta Syed Saddiq hantar PA ke kelas komunikasi’. Mengikut laporan itu, pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan tidak sopan terhadap pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika pertandingan boxing di Arena Axiata, Sabtu lalu.

Apa kes hingga pegawai protokol meminta Syed Saddiq menghantar ‘Hidayah’ ke kelas komunikasi agar tidak memalukannya pada masa depan? Oh! Rupa-rupanya ‘Hidayah’ ini hendak menerjah masuk ke ‘Royal Box’ yang terhad kepada tetamu kehormat tanpa memakai pas.

‘Royal Box’ adalah ruang yang menempatkan tetamu kehormat, dibarisi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Filipina Rodrigo Duterte; Syed Saddiq; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; dan pegawai tinggi Filipina yang menyaksikan pertandingan itu.

Kisah nak serbu masuk tempat VVIP itu diceritakan Che Wan Sofiatul Shima Wan Chik, yang mendakwa ‘Hidayah’ membalas pertanyaan pegawai seksyen istiadat dan protokol JPM yang ingin mengetahui tujuannya masuk ke Royal Box dengan biadab.

“Pegawai tersebut adalah orang nombor dua terpenting di seksyen istiadat, tetapi pembantu Syed Saddiq menjawab soalan beliau dengan kasar.

“Dia membuat ekspresi tidak senang dan berkata ‘such a mess’ (menyusahkan sahaja) kepada pegawai berkenaan.

“Apa yang lebih mengecewakan, pegawainya memberitahu orang lain bahawa pihak kami yang bersikap kurang ajar terhadapnya, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya,” kata Che Wan Sofiatul.

Pedang yakin cerita yang disampaikan oleh Che Wan Sofiatul ini benar. Sebab, Pedang pernah berurusan dengan dia dulu ketika hendak menemu bual Syed Saddiq sempena kempen PRU14 – banyak ‘songeh’ sedangkan Syed Saddiq rilex saja.

Pedang tak dapat bayangkan apa jadi jika pembantu Syed Saddiq ini menjadi pegawai protokol di JPM.

Sementelahan, dah ditegur oleh pegawai kanan protokol kerajaan, dan juga rakan wartawan lain yang pernah berurusan dengan gadis ini, Pedang pun nak peringatkan ‘Hidayah’ ni, belajarlah hormat pegawai atasan, hormat orang yang lebih tua, hormat rakyat dan penting juga hormatlah wartawan.

Wartawan bukan hendak mengemis berita, bertemu bersua muka. Dari jauh pun wartawan dah boleh tulis berita. ‘Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina’.

Tak usah cakap seperti yang awak tweet di atas. Wartawan baharu mungkin takut nak balas, tapi Pedang dan lebih 34 tahun jadi wartawan, sikit pun tak heran…. Kali pertama Pedang jumpa budak ni pun, Pedang dah agak suatu hari akan ‘kena’ juga kalau sikap dan perangai tak berubah.

Sori bro Syed… bro ok setakat ini. Jangan disebabkan sikap pegawai bro seperti itu, masa depan bro terancam. Wartawan minta berita saja, tak minta duit atau harta. Layanlah sehingga wartawan tak ada lagi soalan yang hendak ditanya. Kalau bro sibuk nak jumpa empat lima orang yang lain… tulisan wartawan pula dibaca jutaan orang.

Samalah dengan pegawai bro tu. Dia marah hanya dua tiga orang sahaja yang tahu, atau dia luahkan dalam tweet, hanya berapa kerat saja yang jadi rakannya yang tahu. Tapi kalau wartawan tulis, jutaan orang akan tahu. Yang tidak tahu perangai dia pun akhirnya tahu juga selepas tersiar dalam media.

Pedang ingatkan pegawai-pegawai menteri baharu sekarang atau mana-mana YB yang baru menang PRU14 lalu, supaya jaga kawan, jaga orang tua-tua, jaga wartawan, jaga orang kampung. Jangan sombong. Senyum itu sedekah, apa lagi jika tunjukkan sedikit hormat.

Bukan seorang yang macam tu, Pedang dah jumpa ramai. Asal naik jadi orang kanan menteri, atau menang pilihan raya, terus tinggal kawan. Tapi, Pedang tak kisah pun.

Tonton video ini. Iktibarnya, kalau berjalan lihat bawah sama.

Kata Pedang: Harap Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan tak jadi macam kisah di atas…. sori bro!

Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang ismaweb.net yang tiada kaitan dengan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close